Ya Allah hanya kepadaMu segala puji yang lebih baik daripada apa yang kami ucapkan,melebihi daripada yang kami ucapkan.Agung kedudukanMu,tinggi pujianMu,suci nama namaMu.Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,pada keluarga dan sahabatnya.
Petang semalam ana dipanggil untuk merawat pesakit diwad icu hospital taiping.Sampai diwad,pesakit masih dalam keadaan koma.Isteri pesakit mengatakan bahawa sudah seminggu suaminya terlantar tidak sedarkan diri.Hasil perbualan dengan isteri pesakit dan dari pemeriksaan klinikal,pesakit disyaki menghidap jangkitan kuman.Cuma siiteri minta suaminya diperiksa takut takut terkena bahana sihir.
Setelah melakukan scanning pada pesakit,ana dapati sisuami memang bersih daripada gangguan bahana sihir.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Sedih melihat keadaan pesakit dan kagum melihat kekuatan seorang isteri menjaga suami yang terlantar.namun jauh dilubuk hati si isteri tersimpan perasaan duka,sedih,lemah dan takut pada keadaan yang menimpa suaminya.Ana cuma doakan pesakit agar cepat sembuh dan memberi kata kata semangat pada isteri pesakit agar tabah dan sabar.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga,padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang orang yang terdahulu sebelum kamu?Mereka ditimpa malapetaka dan kesengaraan,serta digoncangkan (dengan bermacam macam cubaan) sehinnga berkatalah Rasul dan orang orang yang beriman bersamannya:"Bilakah datangnya pertolongan Allah?"Ingatlah,sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat." (al-baqarah 214)
Sesungguhnya salah satu yang menjadi rahsia kekalnya agama ini adalah bahawa ia hidup bersama orang orang yang mendapat ujian,sehingga Allah dapat menampakkan kejujuran,ketulusan dan keteguhan iman mereka.
"kirimkan surat pada waktu fajar : dakwatnya adalah airmata,kertasnya adalah pipi,tukang posnya adalah harapan dikabulkan dan alamatnya keArasy.Lalu tunggulah jawapanNya."
5 ulasan:
tersentuh hati..semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan berterusan buat suami istri tersebut
betul tu asynur..semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka..doakan mereka..
terima kasih..sama sama kita doakan ya..
pesakit dah pon ke Rahmatullah.Al-Fatihah
al-fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama roh orang2 yg beriman..amiin..
semoga isterinya redha dengan segala yg Allah tentukan untuknya..
Catat Ulasan