Bismillahirrahmanirrahim..
Allahumma Solli Alaa Saidina Muhammad
Wa Alaa Alii Saidina Muhammad..
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..Di izinkan jua oleh yang empunya gerak untuk berkongsi sedikit pengalaman ketika merawat seorang pesakit yang mengalami masaalah berkaitan bisikan was was dalam urusan agama.Seringkali juga bermimpi membawa beberapa kanak kanak kecil menaiki sampan. Sekilas bila di tafsirkan, di sangka daripada mimpi tersebut, pesakit berkemungkinan mengalami masaalah gangguan jin saka dan hasutan was was mungkin berpunca dari gamgguan atau bisikan qorin.
Rawatan secara di bacakan ayat ayat rukyah agak tidak memberi kesan kepada pesakit..pesakit kelihatan duduk dalam keadaan yang tenang. ALLAH memberi gerak dan pengetahuan agar mengkhususkan rawatan pada rohani pesakit. Maka dengan kehendak ALLAH, tergerak lidah berkata kata, mohon binasa jasad diri dan binasa jasad pesakit agar roh wujud dalam bayangan makrifat. Lantas si pesakit tiba tiba tumbang, terbaring kaku. Bacaan ayat ayat rukyah di teruskan lalu jari telunjuk di sentuhkan pada bahagian leher pesakit.
Dengan izin ALLAH jua, berkata katalah jin yang menjadi punca kepada bisikan was was pada pesakit. Minta di kembalikan ke tempat asalnya. Mengaku berasal dari korea dan penganut agama roman katholik dan hidup sezaman dengan Firaun.Jin bersayap dan mempunyai kemampuan untuk terbang. Dikatakan masuk ke dalam tubuh ketika pesakit berkunjung/ melancong ke Korea beberapa tahun yang lepas.Dengan izin dan kekuatan ALLAH jua , jin tersebut berjaya di keluarkan. Pesakit akhirnya sedar.
Rawatan di teruskan lagi memandangkan persoalan mengenai mimpi membawa kanak kanak yang ramai di dalam sampan belum terjawab. Adakah ianya petunjuk mengenai saka. Kehendak ALLAH jua agar hadirnya penguasa jin yang berada di dalam tubuh pesakit. Bacaan ayat Al Baqarah 148 di ulang ulang sehingga dengan izin ALLAH, maka hadirlah jin yang di maksudkan.
Jin tersebut mengakui berasal dari madinah dan membawa bersama sama pengikutnya yang ramai masuk ke dalam tubuh pesakit. Masuknya juga jin tersebut adalah ketika berkunjungnya pesakit ke madinah beberapa tahun yang lepas. Setelah di tarbiah, dengan izin ALLAH, akhirnya jin tersebut bersetuju untuk keluar dari tubuh pesakit. Setelah lafaz ikrar dan sumpah, maka menangislah jin tersebut sambil berkata kata pada pengikutnya. "Wahai pengikutku, keluarlah kamu dari tubuh ini, sedangkan aku sendiri tidak mempunyai tempat untuk berada di dalam tubuh ini"..bercucuran deras air mata kesedihan melalui mata pesakit. Sebelum keluar, jin tersebut meminta kebenaran, sekiranya pesakit berkunjung lagi ke Madinah, dia meminta izin untuk hanya mendekati dan melihat pesakit tetapi tidak akan memasuki tubuhnya.
Alhamdulillah..rahsia dalam pengetahuan ALLAH..segala yang berlaku adalah ketetapan ALLAH. Masuknya jin ke dalam tubuh, bergeraknya pesakit dan sembuhnya pesakit juga merupakan qada dan qadar ALLAH. Telah kering pena yang tercatat di Loh Mahfuz.Sedikit pun tidak berkuasa kita mengubahnya. Sedikit catatan pengalaman dari yang faqir ini. Moga bermanfaat untuk semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan