Selasa, 16 November 2010

PERIHAL DIBANGKITKAN BINATANG KORBAN

Pengertian Korban
Korban ialah dari perkataan Qurba bereti hampir.Menurut istilah ialah menyembelih binatang ternakan yang disebut sebagai na'am seperti lembu,kambing,kerbau,unta dan sebagainya untuk tujuan ibadah bagi menghampirkan diri kepada Allah s.w.t,bermula pada hari raya haji sepuluh Zulhijjah sehingga tiga hari tasyrik(11,12 dan 13 Zulhijjah).

Dalil Qurban
Firman Allah S.W.T:
Bermaksud:"Maka Sembahyanglah engkau (pada hari raya qurban) kerana Tuhan engkau dan sembelihlah Qurban." (Al-Kauthar:2)
Sabda Rasululllah S.A.W:
Bermaksud:"Aku telah diperintahkan menyembelih korban dan korban itu sunat bagi kamu."
Sabda Rasulullah S.A.W:
Bermaksud:"Muliakan korban kamu kerana ia jadi tunggangan kamu dititian Siratul Mustaqim pada hari Kiamat."

Perihal DiBangkitkan Binatang Korban
At-Tirmidzi,Ibn Majah dan Al-Hakim meriwayatkan hadis daripada Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:"Tiadalah amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari nahar  yang lebih Allah kasihi selain daripada menumpahkan darah (menyembelih korban),dan bahawasanya ia (binatang) datang pada hari kiamat dengan tanduk,bulu dan kukunya.Bahawasanya sebelum darahnya tumpah pada tempatnya ,maka Allah terlebih dahulu menerimanya sebelum ia tumpah kebumi.Oleh itu perbaikilah nafsumu dengan Ia.(yakni dengan menyembelih korban)

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA

Tiada ulasan: