سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Gerak hati dan pandangan batin menyatakan ini adalah sihir kiriman dari siam. Terlihat seorang bomoh mengenakan lilitan hitam pada kepalanya sambil duduk dengan lipatan sila yang kemas. Perasaan itu saya suarakan pada anak si pesakit yang merupakan tetangga di kawasan taman saya. Jam menunjukkan jam 12 malam, si pesakit di datangkan dari ipoh ke taiping pada malam tu jugak kerana sudah dua pusat rawatan masih belum dapat memulihkan ibunya yang berkeadaan demikian selama 2 minggu. Perasaan geram anak si pesakit pada ke dua dua pusat rawatan tersebut kerana acuh tak acuh semasa merawat ibunya. Insyaallah, saya akan ikhtiarkan sebaik mungkin, kata saya kepadanya.
Pesakit masih dalam keadaan sedarkan diri, badan menggeletar dan lemah tidak bermaya. Satu set bacaan rukyah saya kumandangkan, namun tidak memberi kesan. Saya berehat sebentar di luar rumah mencari ilham dan petunjuk dari Allah..Masyaallah..memang berat kes ni. Terlalu banyak jin sihir yang berada di tubuh pesakit ini. Saya masuk semula dan membacakan set nurunniyah..YA.. jin mula hadir tapi bersifat on off..bila di tanya..'aku tak tahu..aku tak tahu"..bla bla bla..prom pai preng pai cem prai'..entah apa yang di katakanya. Keluarga pesakit terkejut..benarlah ini adalah sihir dari bomoh siam. Dengan nama Allah, saya tarik energi pedang Kaf Ha Ya Ain Sod, sambil mengenggam saya terus menyembelihnya..jin meraung dan setelah 3x sembelihan pesakit rebah.
Tumbangnya salah satu jin sihir tidak menunjukkan kes selesai sepenuhnya..masih banyak yang perlu di usahakan. Saya memohon redha Allah..untuk menyerang si bomoh sihir. Memohon pada Allah dengan penghayatan kalimah toyyibah berulang ulang, subhanallah pedang idaman terasa di dalam genggaman.. Maha Agung Engkau Ya ALLAH, Engkau memberikan anugerah teragung pada diriku. Dalan keaadan fana terlihat kembali si bomoh sihir..Dengan Nama Allah, tujahan demi tujahan pedang saya lemparkan ke bomoh sihir..dan dalam masa yang sama si pesakit mula jatuh terkulai.. hanya Allah yang layak menentukan bentuk apakah pembalasan yang layak kepada si tukang sihir.. hanya Allah yang berhak menetukan bentuk azab kepada si tukang sihir. Tidak berkuasa kita menentukannya..siapa kita untuk menghukumnya..Alhamdulillah.. pesakit sudah kembali normal.
Hari ni dah masuk seminggu si ibu berada dalam kondisi yang meyenangkan. Teringin sangat si ibu untuk bertemu dengan saya..Subhanallah..inilah bantuan Allah, inilah Rahmat Allah yang tidak bisa di ungkapkan dengan kata kata walaupun hati dan lidah mengucapkan Suhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Allah Hu Akbar..
Terima Kasih Ya Allah..
Moga Kesembuhan Berkekalan Hendaknya..Amiiiin.