Sabtu, 6 Julai 2013

Kau Ku Santet..Maka Al Quran lah Kaedah penyembuhannya

Pada dasarnya ilmu santet adalah ilmu yang mempelajari bagaimana memasukkan benda atau sesuatu ke tubuh orang lain dengan tujuan menyakiti. 
 

Benda ini boleh saja misalnya sebuah paku atau seekor binatang berbisa yang dihantar secara ghaib untuk dimasukkan ke tubuh seseorang dengan tujuan menyakiti orang tersebut. Seperti ilmu-ilmu lain yang ada di dunia, santet boleh merupakan ilmu putih atau ilmu hitam tergantung dari penggunaan ilmu ini sama ada untuk kebaikan atau untuk kejahatan. Tetapi dalam aplikasinya ilmu putih ini dipadukan dengan ilmu-ilmu lain sehingga boleh dikatakan diselewengkan (dihitamkan) oleh pelakunya, misalnya yang asalnya digunakan untuk menidurkan bayi yang cerewet agar bisa terlelap, oleh maling ilmu ini diselewengkan untuk menidurkan calon korbannya.


Ilmu untuk meluluhkan hati orang yang keras atau kalap tetapi diselewengkan fungsinya untuk membuat orang lain terlena bujuk rayunya. Kes yang terakhir ini marak yang umum kita kenal dengan istilah gendam.

Walaupun proses santet yang ghaib ini sukar difahami secara ilmu pengetahuan, tapi secara logik santet boleh difahami sebagai proses dematerialisasi. Pada saat santet akan dihantar, benda-benda seperti paku, jarum, beling, ataupun inatang berbisa ini diubah dari materi menjadi tenaga.

Kemudian dalam bentuk tenaga, benda ini dihantar menuju sasaran. Setelah tepat mengenai sasaran, tenaga ini diubah kembali menjadi bahan. Sehingga apa-apa yang tadi dihantar, misalnya beling dan binatang berbisa akan masuk ke tubuh seseorang yang merupakan sasaran santet. Selanjutnya secara automatik benda-benda yang tadi dimasukkan melalui santet ini akan menimbulkan kesakitan pada tubuh orang yang disantet.

Selanjutnya penulis akan membahas ilmu santet lebih ke arah santet sebagai ilmu hitam. Berdasarkan pengetahuan penulis, ada dua jenis santet menilik dari jenis ekuatan yang dijadikan sumber kekuatannya.

Pertama adalah santet yang dalam prosesnya memanfaatkan kekuatan makhluk ghaib seperti jin, setan, dan makhluk ghaib lain. Dalam pelaksanaannya, pelaku santet akan bekerja sama dengan makhluk ghaib sebagai media penghantaran santet.

Untuk mengajak si makhluk ghaib untuk dijadikan "kurir" ini tentu saja pelaku antet harus memberikan ganjaran sesuai yang diminta oleh sang kurir. Ganjaran boleh berupa sesaji khusus yang diperuntukkan makhluk ghaib sebagai makanan untuknya. Ganjaran juga boleh berbentuk lain sesuai permufakatan makhluk ghaib dengan pelaku santet. Setelah ganjaran yang dijanjikan disepakati, maka "sang kurir" pun akan melakukan tugasnya membawa santet menuju sasaran.

Ada kes misalnya sesaji atau ganjaran yang disepakati lalai atau tidak dilaksanakan oleh pelaku santet, maka dalam kes ini boleh saja si makhluk ghaib akan meminta tumbal dari pelaku santet. Sehingga boleh disimpulkan hal ini lah yang merupakan risiko bagi para pelaku santet.

Kedua, adalah santet yang berpunca dari kekuatan batin. Santet dengan kaedah ini memerlukan kekuatan batin yang biasanya diperolehi dari laku spiritual. 
  Pada masa penggunaannya santet dengan kekuatan batin biasanya dibantu dengan kekuatan visualisasi ( pembayangan ) yang kuat dari pelaku. Misalnya santet dengan menggunakan media buluh apus yang ketika hendak digunakan terlebih dahulu dibacakan mantera-mantera tertentu, setelah itu pelaku santet memusatkan konsentrasi, visualisasi dan berniat menyumbat kubul dan dubur si jabang bayi (sasaran).

Konon, dengan cara demikian, seseorang yang dituju tidak boleh buang air besar maupun air kecil. Sehingga pada hakikatnya kekuatan santet ini berpunca dari memusatan kehendak batin saja. Sedangkan peranan dari ritual, seperti membaca mantera atau laku tirakat lain merupakan sarana penunjang yang mampu membantu visualisasi batin sehingga bertambah kuat.

RAWATLAH DIRIMU DENGAN AL QURAN

Al-Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar untuk penyakit rohani dan fizikal. Tiap-tiap surah dan ayat dalam Al-Quran adalah penawar kepada sesuatu penyakit, dengan syarat seseorang itu beriman dan yakin kepadanya. 

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR

تُدَمِّرُ كُلَّ شَيْءٍ بِأَمْرِ رَبِّهَا فَأَصْبَحُوا لَا يُرَىٰ إِلَّا مَسَاكِنُهُمْ ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الْقَوْمَ الْمُجْرِمِينَ

yang menghancurkan segala sesuatu dgn perintah Tuhannya, maka jadilah mereka tak ada yg kelihatan lagi kecuali (bekas-bekas) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yg berdosa. Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya. (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa.

Sehebat mana dan sekuat mana pun sihir tersebut pastinya tidak dapat menandingi Kitabullah. Di dalam surah Al-Israa’ ayat 82, Allah (s.w.t) berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.”

Dan di dalam surah Fussilat ayat 44,  Allah (s.w.t) berfirman:
“Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. 

Selasa, 25 Jun 2013

Perawat Kota Masai,Pasir Gudang JOHOR

Perawat merupakan seutama utama pekerjaan 
Syeikhul islam Ibn Tamiyah mengatakan adalah merupakan fardhu kifayah terhadap orang yg mempunyai pengetahuan untuk mengubati kerasukan dan ia juga merupakan sesuatu yang disyariatkan dan seutama-utama pekerjaan dan inilah yang dilakukan oleh para nabi dan solehin.


Alhamdulillah, Insyaallah kepada yang memerlukan khidmat rawatanya, bolehlah menghubungi sahabat perawat di Kota Masai Johor. Cikgu Mohd Asyran di no 0139563495/017611247.

Selasa, 11 Jun 2013

Kisah Pengalaman Rawatan Pelajar


Pengalaman 1
Lebih kurang sebulan lepas,saya anggap peristiwa ini suatu keajaiban.Seekor Kuching telah di langgar di bahagian kaki belakang sehingga ke perut di rumah saya,kakinya mungkin patah.Saya dan Isteri ambil Kucing itu,memang jika di lihat pada keadaan Kuching tu akan mati..saya belas dan pegang perut nya dengan membaca ZINK.satu set.Lepas tu saya tinggalkan bersama-sama isteri saya.Esoknya saya terperanjat bila lihat Kuching tu masih hidup.Tapi masih lemah dan perutnya kelihatan macam rosak.Saya bacakan ZINK sekali lagi,Secara ringkasnya saya baca ZINK 3 set,sehingga kini ,Kuching itu dah pulih seperti sediakala...MIRACLE

Pengalaman 2
Merawat sekeluarga..yang bercampur Sihir dan Saka..memang teruja teramat sangat..Allah izinkan saya membaca ZINK sahaja,apa nak jadi nasiblah...sebab nak rawat seorang-seorang memang sussh sebab berangkai antara satu dengan yang lain.
Gambaran makhluk gaya ala Jawa macam cerita JAWA..Zink dibacakan selepas 2 kali baca ..Induk Jin tu pada salah seorang ahli keluarga mula meraung..terpekik terlolong,saya terus baca sahaja sampai cukup 1 set..
Ternyata Jin tu mengaku kalah..nampaknya dia dah hitam..rentung dan menawarkan diri nak keluar melalu muntah..dia mengisyaratkan kepada rangkaiannya keluar dari tubuh pesakit..mulalah Muntah berlambak-lambak...Banyak lagi nak cerita..tapi tak larat nak taip..Alhamdulillah nampaknya Positif diakhirnya..

Pengalaman 3
Saya ingin berkongsi dgn sahabat RITEQ satu kejadian yang terjadi kepada saya baru2 in.i Baru ni saya sakit gigi, sampai mengalir air mata, punya la sakit. Saya teringat ayat2 yang ustaz peturunkan pada saya,saya terus membaca ayat2 itu sambil menyapu pipi saya yang sakit, beberapa kali menggosok tiba2 celah2 jari saya dimasuki oleh sesuatu yang pada perasaan saya macam semut masuk celah jari,terasa dia bergerak macam seekor ulat, dan saya terus hempas kelantai,tetapi tiada apa2 pun yang jatuh. saya terus kunci dilantai.Lepas pada tu gigi saya beransur kurang dan terus baik, sampai sekarang.Saya mengucap syukur banyak2 pada ALLAH kerana memakbulkan permintaan saya.
Kesan bacaan ZINK ke atas pesakit..pengalaman merawat seorang pesakit di Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 11 Mei 2013.

Pengalaman 4
Hamba Allah ini di Sihir ,berpunca kerana menjadi isteri muda.Saya dan bang saya(berkemampuan melihat secara terang keadaan gangguan dan penyihirnya).Kami memulakan rawatan seperti biasa ,Aohamdulillah sebahagian Gangguan telah keluar.Cuma gangguan yang din kepala sukar dikeluarkan.Saya membacakan ZINK,Semasa saya membacakan Zink itu saya terasa aura ZINK itu mengelilingi saya.Yang paling menarik cerita abang saya yang Allah izinkan melihat auran ZINK dan keadaan gangguan itu.Dia menceritakan bila saya baca ZINK itu ,keluar cahaya putih/bersinar mengelilingi pesakit dan cahaya itu masuk keseluruh anggota pesakit sehingga abang saya nampak organ2 dalaman pesakit.,cahaya itu menolak semua gangguan itu keluar dari tubuh ke belakang pesakit dan terus naik ke udara,kelihatan tubuh pesakit itu bersih.Selepas itu abang saya melihat dari kepala keluar pesakit keluar jarum2 ,abang saya mengenggam jarum itu dan membuangnya..Alhamdulillah pesakit pulih..

Pengalaman 5
Pengalaman membacakan ZINK ke atas pesakit,dengan izin Allah didatangkan kepada pesakit gambaran gangguan yang di alaminya..antara yang terbaru pesakit digambarkan keadaan Jin yang berada ditubuhnya semasa ZINK dibaca,Salah seekor dari JIN itu menangis ,seekor lagi pecah kepalanya dan seekor lagi menutup telinganya ...semakin dibaca ZINK itu JIN2 itu terus lenyap begitu sahaja.Sebelum ini ada pesakit digambarkan muka Hamba Allah yang mungkin Penyihirnya..dan ada juga digambarkan Tukang Sihir itu sendiri yang sedang melakukan sesuatu untuk bertahan semasa ZINK di bacakan.
Sebagai Perawat saya lebih suka gambaran itu didatangkan kepada pesakit,daripada kepada Perawat sendiri..Kerana sekiranya perawat yang bercerita hal-hal sedemikian kepada pesakit atau keluarga Pesakit mungkin akan timbul Fitnah..
Alahamdulillah terima kasih TGU..saya boleh diam sahaja,mulut tutup,tak cerita apa2..hanya tumpu kepada rawatan..sahaja..tak perlu menjawab soalan-soalan pesakit..terjawab dengan sendirinya apabila ditayangkan VIDEO itu..

Pengalaman 6
Seorang pelajar RITEQ memohon kebenaran saya untuk melakukan rawatan terhadap seorang pesakit di sebuah hospital kajang. Niat si pelajar hanya untuk membacakan zikir ZINK pada air rawatan. Semasa membaca Zikir ZINK, tiba tiba pesakit hysteria dan berkata “Hei..jangan baca ..si pelajar meneruskan bacaan.selesai bacaan zikir, pesakit melihat dalam gambarannya makhluk jin yang menganggunya menjadi hitam terbakar.

Pengalaman 7
pesakit: Sakit..dia pun pejam mata.(guru saya kata: zikir)
saya: saya membaca beberapa ayat al Quran. pesakit pejam mata, tangan dia jadi kejang,hujung jari dia semua sakit.saya mohon pada Allah, tunjukan saya apa yang pesakit ni alami..maka dapatlah petanda yang pesakit ni kena sihir. Saya pun ruqyah lagi dan minta jin-jin tu tinggalkan tubuh pesakit. Saya terus membaca, pesakit mengetaq (menggigil) badan dia.Hampir-hapir jatuh kerusi.lalu saya susuh dia duduk di bawah. melunjur kaki.
pesakit: Saya rasa macam nak pengsan.
saya : Saya kata:tak pa.duduk dulu. saya berseloroh..pandai ternak no..banyak ni..he...he..(pujuk ati sebab agak kuat sihir tu) bila duduk saya pan guna kaedah ZINK..he..he..dah lama idam nak guna.masyaAllah..Allah punya kuasa, kesan zikir tu...pesakit tu sebut sakit..saya arahkan jin-jin tu keluar..saya tanya pesakit..rasa macam mana.
pesakit : saya rasa ringan badan saya.
saya: Alhamdulillah..saya kata banyak lagi..muka dia macan risau.saya pun guna kaedah tembak hawa...peh..reja sendawa saja pesakit.orang kedah kata belahak..he..he..bila dah selesai..saya cek guna teknik torehan..rupanya ada lagi saki baki hat ketegaq...saya tembak lagi..Alhamdulillah....pesakit kata ....
pesakit: Alhamdulillah..saya rasa tak sakit dah..
saya: Alhamdulillah....syukur pada Allah...pesakit pun balik dengan muka yang manis..

Pengalaman 8
lalu Allah gerakan hati saya untuk rujuk kes ni pada guru saya...guru RITEQ (ustaz Shah) .saya ceritakan kes tersebut .Alhamdulillah..saya mendapat tunjuk ajar dan pencerahan dari guru. berbekalkan ilmu yang di ajarkan pada saya ..saya menuju ke pondok pada malam isnin bersama seorang rakan perawat.(farid). saya kata : jom p tangkap hantu.(gurau saya)

jam 10 malam kami pun sampai di kawasan pondok yang agak gelap dan terpencil. kawasannya di kelilingi pokok getah dan kelapa sawit. jalam menuju ke pondok agak gelap kerana tiada lampu jalan.
bila sampai saya minta pada ustaz (guru pondok) untuk masuk ke dalam surau. lalu saya bacakan ZINK pada rawan perawat seperti yang diajarkan oleh guru saya dan saya mohon Allah beri kami petunjuk..tiba2???

rakan perawat kata..ustaz ada orang berjubah putih..
saya: ya ka.erm...erm...lalu saya gunakan beberapa teknik dan jin tersebut di pindahkan ke tempat lain.keesokan harinya saya tanya kepada ustaz ..pelajar tu kena ganggu tak lg..usaz bg tahu, pelajar tersebut dah tak kena ganggu dah..
alhamdulillah..puji syukur kepada Allah yang maha berkuasa atas tiap2 sesuatu.terima kasih kepada Guru Riteq yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar serta memberi semangat .

Pengalaman 9
ZINK ku wiridkan .. pesakit amat gelisah (diwaktu ini aku niatkan supaya pesakit dapat melihat apa yang berlaku pada dirinya)
Diikuti dengan ayat-ayat azab..
kusudahi dengan ruqyah Yaasin..

Pengalaman 10( Ilmu Kerohanian Karomah ayatul kursi)
Saya cuba kaedah jurus untuk scanning tubuh badan kawan dan tangan saya mula bergerak buka jurusnya.dalam masa yang sama kawan saya rasa dia macam dalam mimpi dan badan dia berpusing pusing.masa niat scanning tu tangan saya aktif berlegar legar dgn gerakan jurus kea rah tubuh kwn saya tu..al maklumlah ust.baru sangat lg dengan kaedah ni. Belum khatam lagi pun..

Pengalaman 11
Pelajar menggunakan kaedah bakar telor (ZINK) bagi menhentam tukang sihir yang mana pesakit yang telah di sihir selama 11 tahun mengakibatkan pesakit bisu. Pelajar tersebut telah membakar telor selama 3 hari 3 malam. Pada keesokan harinya, telor tersebut pecah dan pesakit boleh bercakap semula.

Dan masih banyak lagi pengalaman dan testimoni pelajar yang tak dapat saya lampirkan di sini. Tak Larat nak tulis..Inilah pertolongan ALLAH. 

Selasa, 28 Mei 2013

Ada Yang Bertanya ? Perbezaan ZINK DAN ILMU KEROHANIAN KAROMAH AYATUL KURSI

Keduanya saling memerlukan. Ilmu Kerohanian Ayatul Kursi lebih kepada kerohanian dan alam ghaib. Amat berguna sebagai senjata pertempuran alam ghaib. Menggunakan teknologi ROH sebagai kekuatan utama dalam latihan mahupun rawatan.

Apakah itu rohani ? Perkara rohani atau pekerjaan rohani, berlaku pada diri kita setiap hari, masa, saat dan pada setiap ketika. Pekerjaan rohani itu, sedang mengalir, sedang meliputi jasad dan sedang menggerakkan tubuh badan kita, tanpa kita sedari dan tanpa boleh ditahan-tahan atau disekat-sekat. Yang menggerakkan kita adalah diri rohani dan yang mematikan kita, adalah juga rohani. Pekerja rohani, boleh berlaku dan boleh bekerja semasa secara serentak. Bila kita tidur, telinga dan seluruh anggota termasuk akal kita juga turut tertidur. Sungguhpun begitu, bilamana ada orang datang memanggil nama kita sewaktu kita tidur, kita masih boleh mendengar dan terjaga. Begitu juga bilamana kita terasa hendak terkencing malam, walau jam menunjukkan pukul dua atau tiga pagi sekalipun, kita akan terjaga untuk membuang air kecil, walhal tidak ada kuasa akal untuk menggerak atau mengejutkan kita dari tidur untuk tujuan membuang air kecil.
Perkara-perkara seumpama itu, semuanya diluar kotak pemikiran akal. Ini adalah yang dikatakan gerak rohani dan itulah yang dikatakan “PEKERJAAN ROH”. Rohlah rohani kita, nyawa kita, nafas kita, nadi kita, jantung kita dan itulah rohani. Yang mengawal dan menjaga kita sewaktu kita tidur mahupun semasa kita jaga.
Hanya segelintir sahaja yang tahu untuk memerhatikannya. Rohani itulah roh kita dan itulah juga sebenar-benar diri kita yang hakiki bahawa segala gerak itu, adalah gerak dari Allah. Yang sebenar-benar menggerakkan kita itu, adalah kuasa dari gerak Allah, yang dialirkan ke dalam tubuh kita melalui akal, iaitu melalui roh, dengan menggunakan roh (zat) Allah sendiri sedari azali. Roh dengan roh tidak ada perantara dan tidak ada hijab, bagi yang dapat menghilangkan hijab atau dinding pemisah antara roh dengan Allah, maka itulah orang yang mengenal diri dan mengenal gerak roh.

Manakala ZINK pula adalah salah satu kaedah rawatan yang hanya menggunakan ZIKIR/ MAKRIFAT/ GELOMBANG DAN GETARAN sebagai metode utama dalam rawatan. Amat bermanfaat bagi sesiapa yang benar benar berminat/ tekad untuk membuka Pusat Rawatan kerana ianya  boleh di gunakan untuk merawat penyakit medis mahupun non medis.

Bersambung.......

Selasa, 23 April 2013

Perancangan Kursus Pengembangan teknik dan Kaedah rawatan

Kursus ini merupakan kesinambungan daripada kursus asas dan lanjutan, dan ianya lebih advance dan tertumpu kepada pengembangan teknik dan kaedah dalam rawatan. Insyaallah, masih dalam perancangan.

Silibus 1.
Mengesan gangguan
1. Teknik Cengkaman
2. Teknik hembusan
3. Kaedah Sedut Nafs
4. Kaedah pasak

Silibus 2.
Mengazab gangguan
1. kaedah pasak/Sula
2. Kaedah azab tasbih
3. Kaedah toreh
4. kaedah Baling
5. Kaedah Rejam

Silibus 3.
Membunuh Jin (Biiznillah)
1. Sembelih
2. Kaedah letup

Silibus 4.
1. Kaedah kunci besi
2. Kaedah ikat rantai

Silibus 5.
Menarik Gangguan
1. Kaedah Pulas
2. kaedah Tolak
3. kaedah Tarik Paksa
4. Kaedah Botol
5. Kaedah Pukau

Silibus 6.
1. Teknik Menghancur Kebal jin
2. Membuang Ilmu bathil

Insyaallah...


Ahad, 31 Mac 2013

Perkongsian Kisah Rawatan 2



Apabila mendengar masaalah yang di hadapi oleh adik T, secara tidak langsung saya teringat bahawa ianya juga pernah berlaku pada adik saya ketika berumur 9 tahun, tak silap saya. Umur saya pula pada ketika sekitar 14 tahun..Hehehe..remaja lagi aku masa tu. Pada ketika itu adik saya sering pengsan apabila ke sekolah dan kadangkala berlaku ketika di rumah. Puaslah ke dua ibu bapa saya mendapatkan rawatan dari orang yang bijak pandai. Malangya pada masa itu, kaedah perubatan islam tidak menyerlah di bumi Sabah dan keadaan itu berlarutan sehinggalah (tak silap saya) dia berumur 19 tahun.

Berbalik pada kisah adik T, maka jenuhlah juga si ayah membawa anaknya berubat. Dari selatan hingga ke Utara, adik T sering  pengsan apabila menjejakkan kakinya ke sekolah. Apabila saya bertanya pada adik T, adik T sering melihat sosok tubuh lembaga hitam yang menyeramkan apabila atau ada ketika sessi pembelajaran berlangsung.

Tidak banyak yang dapat saya ceritakan mengenai rawatan yang di lakukan pada adik T, cuma ketika adik T pengsan, saya terus melakukan serangan penghancuran ke atas tapak homestay jin tersebut. Alhamdulillah, adik T sedar. (Agaknya jin tu kelam kabut keluar dari tubuh nak selamatkan home theater ngan TV 40 inci nya). Hinggalah kaedah letup dan Zasssss. Alhamdulillah..sehingga ke hari ini, adik T mula menunjukkan perkembangan. Tidak lagi pengsan mahupun melihat kelibat sosok lembaga hitam di sekolahnya..

P/S: Geram sangat kat jin tu sampaikan nak minum, nak makan, ke dapur, lepas solat sempat lagi zasss kat jin tu..heheheh. Sampaikan pada satu keadaan jin tu nyorok kat tong sampah sekolah, sempat lagi kena Zassss...hehehe... (jin kat luar badan, izin Allah mudah nak settle sebab tak guna tubuh manusia sebagai sarung).

ayat yg di guna pakai ...Yaa ma'sarol jin..
                                    Ainama takunuu...
                                    Falam tak tuluuhum...Alla Hu kotalahum..Alla Hu kotalahum...




Sabtu, 16 Mac 2013

Perkongsian Kisah Rawatan..


Saya di hubungi keluarga pesakit mengatakan bahawa pesakit berada dalam kedaan histeria sejak jam 8 malam lagi. Melihat jam di dinding, pesakit dah histeria dekat 3 jam. Pesakit dah di rawat oleh keluarga terdekat tetapi keadaan masih tidak berubah.

Sesiapapun tidak terlepas mengalami perkara seperti ini, tidak kira perawat manapun, begitu juga diri saya kerana saya beriktikad bahawa yang menyembuhkan bukan saya, tetapi ALLAH lah yang menyembuhkannya. 
Dan Inilah sifatnya ilmu, kadang menjadi kadangnya tidak dan apa yang berlaku juga merupakan semata mata melalui keizinan ALLAH serta kemudahan yang ALLAH berikan pada si Perawat mahupun si Pesakit. 

Saya cuba berdialog dengan jin melalui telefon, cuba memujuknya untuk keluar dari tubuh pesakit sambil membacakan ayat ayat al quran. Malangnya, tawaran yang di berikan tidak di terima dan jin tersebut menyanyi semasa saya membacakan ayat ayat al quran. Akhirnya saya katakan kepada jin tersebut bahawa saya akan berhadapan dengannya dan jin tersebut mula menangis tetapi tetap enggan keluar dari tubuh pesakit.

5 minit kemudian tak silap saya, keluarga pesakit dah sampai di rumah saya. Saya persilakan keluarga pesakit masuk, kelihatan si pesakit masih di kuasai dengan sedikit keegoan pada jin tersebut. Setelah segala pesrsiapan di buat saya cuba berdialog dengan jin tersebut sambil membacakan ayat al quran ke telinganya. Jin sedikit terazab. Jin itu mengatakan dia tak heran dengan pembacaan ayat ayat al quran kerana dia sendiri sering mendengar pesakit membaca al quran setiap hari.

Dengan izin ALLAH saya dapat mengesan kedudukan jin di dalam tubuh dan menikamnya dengan jari. Jin tersebut mula kesakitan. Saya dalamkan lagi tikaman hingga jin mula meraung raung minta di lepaskan. Saya azab pula dengan kedah toreh, maka bertambahlah tangisan dan raungannya minta di lepaskan. Oleh kerana jin masih berdegil walaupaun di azab, maka saya ikhtiarkan pula dengan kaedah yang lain. saya tiupkan hawa nafas ke rongga pernafasan pesakit dan membawanya perlahan lahan ke perut, kemudian menarik semula nafas yang di kirimkan dan di keluarkan semula melalui nafas pesakit. Alhamdulillah, pesakit sedar. Tetapi ianya berlaku hanya beberapa minit. Jin masuk semula ke dalam tubuh pesakit dan mula menguasai pesakit. Berat sangat ia nak meninggalkan pesakit ini.

Saya lakukan serangan dengan membutakan mata jin, sambil meniup zikir ke tapak tangan dengan hembusan nafas "Allah Hu"..saya halakan ke pandangan mata pesakit agar jin tersebut akan lumpuh segala pergerakanya. Persoalanya, mengapa mata yang di lumpuhkan, tidak anggota tubuhnya?. Ini kerana bagi saya, mata lah yang memandu segala galanya kerana tanpa mata gagallah segala pergerakan mahupun perbuatannya.

Setelah itu saya baringkan pesakit dan akhirnya cuba menyembelih jin tersebut. Setelah ayat ke tapak tangan di bacakan dengan iringan zikir nafas "ALLAH HU" di hembuskan. Saya sembelih jin tersebut dengan memfokuskan pencarian urat utama jin tersebut. Alhamdulillah, urat utama saya temukan dan sembelihan hanya di lakukan di point tersebut. Alhamdulillah, pesakit sedar semula cuma merasakan sedikit ketidak selesaan pada bahagian bermula dari leher ke bawah. Saya tahu bahawa jin tersebut dah tepisah kepala dan badanya, maka saya sudahi rawatan dengan menarik bahagian tubuh jin yang terpisah dan membuangnya dari tubuh pesakit. Selesai membuat penarikan, pesakit akui bahawa tubuh nya sudah kembali ringan dan hilang segala debaran yang meresahkannya.

Alhamdulillah, puji pujian hanya untuk ALLAH yang memudahkan segala kesulitan yang di alami oleh hamba hambanya.