Ahad, 13 Februari 2011

SAYA YANG BAGI BUDAK NI SESAT..USTAZ

Bismillahirrahmanirrahim..
Selepas saja meminum air rawatan,pesakit mula menjadi tak senang duduk dan memegang beberapa bahagian badan sambil mengerang kesakitan..tak lama selepas itu pesakit kerasukan..
RITEQ: sapa ni?
Jin: aku jin sihir!..eh!mana jin saka tadi(sambil tercari cari)
RITEQ: kenapa ganggu dia?
Jin: Puan A yang upah aku untuk ganggu dia.
RITEQ: keluar sekarang..keluar kerana Allah..
Jin: kalau aku keluar pun,ramai lagi bala tentera Tuan aku akan masuk balik..selagi Puan A bayar kat Tuan Aku..selagi itulah aku ganggu budak ni..
RITEQ: Aku tak kisah banyak mana pun bala tentera kamu..sekarang aku nak kau keluar!
Jin: tak nak..aku nak rosakkan budak ni..
RITEQ: kalau macam tu kamu layak untuk dibunuh!(pesakit dibacakan ayat2 pembakar jin)
Jin: arghh..panas..panas..(pesakit sedar semula)
RITEQ: (scan balik)..ni sapa pulak?
Jin: aku wali Allah..
RITEQ: Wali Allah tak masuk badan manusia
Jin: heeee..budak ni ada belajat tarikat dulu..aku ni nak jaga dia
RITEQ: rasanya kamu ni jin saka yang menyorok tadikan..
Jin: heee..saya jugaklah yang sesatkan budak ni tadi,sampai tak jumpa jalan kerumah ustaz..(patut pun pesakit tadi banyak kali telefon katanya tak jumpa lorong ke rumah ana).
RITEQ: keluar dan jangan ganggu lagi kehidupan dia..kalau tidak aku aku sembelih kamu dengan izin Allah
Jin: silakan..saya ni kebal ustaz..tak lut..alaah..saya pun biasa baca laman blog ustaz..
RITEQ: (melakukan aksi sembelih)..ehh..kebal jgk kamu ye..
Jin: kan saya dah kata ustaz..tak lut..saya ni dah hidup lama sejak zaman nabi ibrahim..eh..nabi musa lagi..ustaz percaya ke cakap saya..hee
RITEQ: kelentong je kamu..kejap nabi Musa,kejap nabi Ibrahim..kalau macam tu aku bacakan kamu ayat2 pembakar jin..
Jin: silakannn..dah le tu ustaz..ustaz rehat je..sampai kul 4 pagi tak habis lagi ni..ustaz tak letih ke..kita sama sama kuat ni..
RITEQ: xpe..dah memang kerja aku..(mula membaca ayat pembakar jin)
Jin: Arghhhhh..panas..panas..iyelah aku nak masuk islam(bacaan dihentikan).
RITEQ: sebelum tu aku nak tanya..adakah kamu masuk islam kerana kerelaaan mu..
Jin: takk..kerana sakit..
RITEQ: tiada paksaan dalam agama..(tergerak hati nak pasungkan dalam botol)..Allahuakbar..Allahuakbar..
Jin: arghhh..tidaak..aduhhh..aku tak nak..argghh..banyaknya jin yang masuk..aku tak nak..argghh..arghhh..
Wallahua'lam..pesakit sedar semula..pesakit katakan terasa seperti satu tenaga panas bergerak kehujung jarinya semasa proses tarik dilakukan..dan pesakit mengatakan merasa sangat sihat kerana sebelum ni pesakit merasa sakit yang bersangatan..
ULASAN
Pesakit mungkin bukan disihir tetapi jin saka sengaja memutar belikan keaadaan..awas dengan sandiwara jin..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jin boleh baca blog? mereka guna computer dan internet juga?

confuse bab ni..