Khamis, 13 Disember 2012

Al Kisah 2..Tazkirah Rawatan


سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Merawat

Puan A membawa anak saudaranya yang tinggal di kuala lumpur berjumpa saya bagi mendapatkan rawatan.Puan A merupakan bekas pesakit saya yang mengalami masaalah gangguan saka. Alhamdulillah, Puan A dah pulih dengan izin Allah. Anak saudara Puan A saya namakanya dengan panggilan adik k.

Sebelum memulakan proses rawatan, ayah adik K menasihatkan saya agar terlebih dahulu mengikat kaki dan tangan adik k kerana di khuatiri adik k akan bersilat tanpa di sedarinya. Dikatakan semasa membuat rawatan di kuala lumpur, adik k telah bersilat dan seramai 4 orang pemuda cuba memegangnya tetapi tidak berhasil dan gagal mengeluarkan jin tersebut. Saya terkejut juga dengan penjelasan Ayahnya. Wah..ganas juga jin ini,bisik hati kecil saya. Namun begitu, saya tidak mengikat adik k. entah mengapa.

Saya mulakan rawatan pada adik k dengan menggunakan kaedah Nur Qolbu. Ketika saya baru nak memulakan ayat, adik k sudah mula mendengus. Hmm..memang benar jin ini hebat. Belum mulakan rawatan, dia dah tunjukkan dirinya. Saya tikam jantungnya dengan Kaedah Pasak Bumi. Jin mula mendengus kencang dan memulakan langkah silatnya. Allahu Akbar..saya cuba mendekatinya tetapi tidak berhasil. Segala cubaan saya untuk menyentuhnya di tepisnya dengan hebat sekali hingga melukakan tangan saya. Saya tiada masa untuk berdialog denganya, saya merasa ini bukan masanya.

Saya tembak Jin silat dengan ayat. Alhamdulillah, jin silat jatuh dan cuba bangun kembali. Setiap kali dia bangun saya tembak lagi hingga akhirnya adik k rebah dan mula muntah dengan keras. Alhamdulillah, adik K dah sedar. Saya berehat sebentar sebelum mulakan semula sessi rawatan.

Rawatan pada adik k saya mulakan, adik k mula membuka langkah silatnya seperti mula mula tadi. Saya cuba menyembelihnya tetapi gagal kerana usaha untuk mendekati adik k pasti tidak berhasil. secara senyap dan dengan gerak perlahan saya dekatkan jari telunjuk saya ke leher adik k. Saya gunakan kaedah yang saya dapatkan dari TG saya Ust Rahman. Sambil membaca ayat, saya menarik nafas panjang dan menggunaka telunjuk saya memotong jin tersebut hingga akhirnya adik k rebah dan muntah. Biiznillah..

Bermimpi Jenazah

Keesaokan harinya ayah adik k bertanya pada saya,"semalam ustaz tak kena apa apa serangan ke? soal si ayah pada saya. Alhamdulillah, buat masa ni o.k saja hasil perlindungan ALLAH. Saya tanya pada ayah adik K, kenapa tanya macam tu?..rupa rupanya malan selepas mendapatka rawatan, ayah adik k telah bermimpi melihat satu jenazah yang perlu di mandikan namun begitu tidak ada sesiapa yang berani memandikan jenazah tersebut. Saya hanya tafsirkan saja mimpi itu dengan mengatakan berkemungkinan jin silat tu dah mati dengan izin ALLAH."Harapan saya macam tu lah"..kata ayah adik k.Keesokan paginya ayah adik k dan keluarganya berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

Mendapat Teguran

2 hari selepas itu, saya mula merasakan kelainan apabila duduk atau berdiri di sebelah isteri saya walhal isteri saya nampak biasa sahaja dan tidak menunjukan sebarang kelainan atau tanda tanda kesihatanya terjejas. Saya merasakan seperti satu getaran elektrik yang menusuk hingga  ke tulang apabila memegang tanganya. Jam 6 petang saya mulakan rawatan pada isteri saya..Bismillahirrahmanirrahim,, saya panggil kamu ke hadapan saya. Isteri saya mula mengalirkan airmata..dan tak di sangka sangka, jin yang hadir hanya ingin menyampaikan rasa tidak puas hatinya kerana saya telah membunuh suaminya. Dia berkata bahawa suaminya seorang yang baik dan mengapa kamu tergamak membunuhnya. si isteri sangat bersedih di atas kematian suaminnya.

Timbul rasa penyesalan pada diri saya, saya buang segala ego, namun saya tetap mengatakan padanya bahawa suaminya telah menganggu ketenteraman manusia. Dan saya meminta maaf padanya atas tindakan saya. Dan setelah saya menjelaskan dengan mendalam akan kesalahan suaminya, barulah isterinya dapat menerima kenyataan dan memaafkan saya.

Nasihat Saya.

Sebaiknya perintahkanlah dahulu agar jin yang menganggu keluar dengan penuh ketaatan kepada ALLAH. Nasihatkan akan kesalahannya menganggu manusia dan sekiranya masih ingkar sakitilah dia. Dan jika telah anda usahakan semuanya tetapi jin masih berdegil maka layaklah anda membunuhnya.

Mereka juga seperti manusia, punya keluarga..kadang kala kita tersilap langkah. tetapi ingatlah, apapun yang berlaku merupakan ketetentuan dari ALLAH.


Ibadallah, Aghitsuni Taalaw Wanshurulillah..





Tiada ulasan: