سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rawatan pada hari pertama saya fokuskan untuk mengeluarkan jin sihir yang berada di tubuh pesakit. Alhamdulillah, Jin bernama salmah berusia 300 tahun berasal dari utara dapat di keluarkan dan yang terakhir, seekor anak lipan keluar melalui celah tangan pesakit.
Hari kedua pula saya fokuskan untuk mengesan dan mengeluarkan bisa mahupun objek sihir dari tubuh pesakit. Hasil diagnosis, pesakit sering sakit pada bahagian kepala, pinggang dan perut. Pencarian menggunakan kaedah batin, Allah memperlihatkan barang sihir yang berada di perut pesakit, alhamdulillah..pembuangan dapat di lakukan dengan sempurna melalui tarikan dari sebelah kiri ke kanan perut pesakit. Di bahagian kepala pesakit terdapat beratus ratus bilah jarum. Sebatang kayu dan paku yang telah berkarat menusuk di bahagian bahu, dada dan tulang rusuk dan dawai yang berselerak di bahagian pinggang pesakit. Saya merasa letih yang teramat sangat setelah menarik objek objek sihir tersebut. Alhamdulillah..kesemua objek sihir tersebut dapat di keluarkan dan pesakit sendiri dapat merasakan objek tersebut keluar dari tubuhnya semasa proses tarikan di lakukan. Cuma tarikan di bahagian pinggang, perut dan bahu menyebabkan pesakit sedikit mengerang kesakitan.
Moga Allah memberikan kesembuhan yang berkekalan kepadanya..Amiin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan