Ahad, 23 Oktober 2011

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dikalangan pengamal ilmu himah atau kebatinan, istilah wirid bukan sesuatu yang asing. Namun sebelum membahas hal-hal disebalik wirid itu perlu dijelaskan dulu apa dan bagaimana wirid itu.
Menurut pengertian umum wirid atau wiridan adalah mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang biasanya dilakukan setelah sholat. Bacaan itu bisa berupa ayat-ayat tertentu dari al Quran, al Hadits maupun bait-bait tertentu yang diajarkan para ahli hikmah.
Wirid dari pengertian ucapan al-wardi yang berasaal dari fi’il madli waroda yang memiliki makna bermacam-macam sesuai dengan konteksnya, diantaranya:
- Pasukan tentara yang berbaris
- Kumpulan binatang (unta/burung) yang datang dari suatu tempat menuju arah tertentu.
Sehingga pengertian wirid boleh diertikan suatu aktivitas batin yang menghasilkan atau mengalirkan dan menghasilkan energi berupa barisan tentara (dalam hal ini tentara gaib) menuju pada jiwa dan raga seseorang yang mengamalkan wirid itu.
Dalam kamus lisanul ‘arab wirid diertikan sebagai “Bacaan sebagian dari Quran, misalnya sepersepuluh, seperlima atau berapa saja yang dikehendaki.”
Secara umum para ahli hikmah menjelaskan, wirid adalah lafal dari ayat-ayat Quran - semisal Al Fatihah, ayat kursi – yang selalu dibaca secar rutin/istiqomah dalam jumlah ulangan dan waktu tertentu dengan maksud mendapatkan perlindungan dari Allah SWT dari segala marabahaya atau mendapatkan kemudahan kemudahan dari hajat yang sedang dihadapinya.
Wirid ada yang ma’tsur / terdapat dalam Quran dan hadits secara tersurat ada pula yang ghoiru ma’tsur dalam arti secara teks dalam Quran Hadist tidak ada tapi secara tersirat keduanya memperbolehkan.
Mungkin ada pertanyaan, kalau begitu dimana letak perbezaan antara wirid dengan zikir?Pada kenyataannya kedua riadah itu memiliki persamaan baik kalimat-kalimat yang dibaca mahupun aturanya . definisi wirid adalah “ Suatu amalan yang dilakukan untuk hajat atau tujuan duniawi seperti amalan agar kulit kebal, rizki lancar, selamat dari kejahatan dsb.”. Sedangkan zikir adalah suatu riadah batin, bersifat religius dan hanya diperuntukkan sebagai ibadah semata mencari upah atau pahala akhirat, mencapai ridlo Allah SWT.
Menurut para ahli hikmah yang membedakan antara zikir dan wirid adalah kehendak hati/niat ketika riadah itu dilakukan. Keduanya serupa tapi tidak sama, contohnya kita mengamalkan / membaca petikan Asmaul Husna, Ya Allah Ya Lathif dalam jumlah dan aturan tertentu, jika hati berniat dengan wasilah amalan ini menyebabkan kulit kebal, maka nilai riadah itu adalah wirid. Karena hal itu berkaitan dengan suatu hajat dunia.
Tapi jika dengan bacaan yang sama itu diamalkan semata-mata memuji Dzat yang maha lembut, maka nilainya adalah zikir, ertinya hasil dari riadah itu adalah pahala akhirat. Tapi biasanya hal-hal yang dilakukan semata-mata ikhlas mencari ridlo Allah lebih membiaskan ketenangan batin, jauh dari stress atau gangguan kejiwaan lainnya.
Sedangkan wirid lebih cenderung pada urusan dengan sesama manusia, seperti orang mengamalkan asmaul husna Ya Allah ya Lathif, biasanya akan mendapatkan pahala atau upah sesuai yang terprogram dalam hatinya.
Para ahli hikmah mengatakan, “kalau kamu mengamalkan suatu amalan untuk kebalnya kulit, maka hanya kebal itulah yang menjadi bagian upahmu, sedangkan pahala akhirat tidak dapat diraihnya”. Tapi Ahli hikmah yang lain berbeza pendapat, “Apapun bentuknya setiap amalan yang bertujuan untuk memohon sesuatu/doa tetap bernilai ibadah”. Hal ini disebabkan di dalam amalan wirid terdapat kalimat-kalimat pujian kepada Allah SWT. Terlebih lagi jika dalam riadah wirid itu – walau semata-mata untuk urusan dunia – tetap diselangi dengan niat yang baik.

HIKMAH WIRID
Setidaknya ada 5 hal yang terdapat dalam olah batin yang namanya wirid :
1. Sarana melatih konsentrasi/ kekhusyu’an
2. Menabung energi batin
3. Olah batin tersembunyi/ tidak disadari
4. Merekamkan suara pada alam bawah sadar otak manusia
5. Jalan pintas dari kesulitan dan bahaya.

BERSAMBUNG...

Sabtu, 22 Oktober 2011

MEMANGGIL ORANG HILANG ATAU LARI DARI RUMAH AKIBAT SIHIR DAN GUNA GUNA

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semoga Bermnafaat..
1. Ambil pakaian orang yang dimaksudkan.
2. Bacakan pakaian tersebut surat Yasiin 41X.
3. Taruh pakaian tersebut dalam bekas yang tertutup rapat sambil mengucapkan.
Qoffatu qolba....... bin/binti........ kama qofalltu haadzal tanak.
4. Bekas tersebut disimpan dalam suatu tempat dan jangan dibuka-buka
selama 41 hari insya allah dalam waktu tersebut orang yang hilang
tersebut akan kembali..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Rahmat Dan Kekuatan Mu Ya Allah

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Puan K datang mengadukan masaalah sakit pada sebahagian anggota badannya.Setiap kali menjelang maghrib dia akan merasa gelisah dan di sebelah malamnya pula dia sering bermimpi pergi ke suatu tempat yang tidak di ketahuinya sehingga menyukarkan untuknya keluar dari tempat itu.Begitulah hasil perbualan saya bersama puan k sebelum memulakan proses rawatan keatasnya.Puan K juga pernah mendapatkan rawatan dari saya kira kira 3 bulan yang lalu.
Semasa memulakan sessi rawatan,dengan izin Allah saya dapat mengenal pasti kedudukan gangguan yang berada di tubuh Puan K, dan tindakan saya yang pertama adalah mengunci kedudukan gangguan itu dengan kalimat "Kof" dan "Nun".Dengan hal ini agar gangguan itu tidak mudah lari begitu saja semasa proses rawatan di lakukan sehingga ianya terbakar atau terbunuh dengan kalam Allah.
Semasa proses bacaan ayat ayat al quran berlangsung saya melihat hujung kaki Puan K bergegar dengan kuat yang mana ianya menunjukkan gangguan itu cuba keluar dari tubuh Puan k tetapi tidak dapat melepasi kuncian yang telah di buat.Saya teruskan bacaan sehingga Puan K mula merasakan sesak nafas, lantas saya membaringkan Puan K agar Puan K merasa lebih selesa."Bismillah..pada masa ini kamu terkunci dengan kalamullah,kamu tidak akan terlepas sehingga kamu terbakar dan terbunuh dengan kalamullah atau kamu berbicara dengan benar dan jujur kepada aku.Bismillah..siapa kamu"?.
Jin: kamu tak kenal aku!
Saya: siapa kamu?aku tidak mengenali kamu.
Jin: aku yang pernah engkau seksa.
Saya: Kenapa kamu kembali kepada tubuh ini?
Jin: Aku suka duduk di tubuhnya, dan aku akan tetap berada di tubuhnya.
Atas rahmatnya Allah,di ilhamkan kepada saya untuk menanam dan memasukkan besi ke bahagian ulu hati Puan K dan jin tersebut mula menangis dan dalam keadaan yang lemah tidak berdaya ia berkata.
Jin: Cukuplah..jangan seksa aku lagi.
Saya: Kematian adalah lebih baik bagi kamu!
Lantas saya beralih ke posisi jantung dan memasukkan besi dengan perlahan lahan ke jantungnya dan jin tersebut mula menanggis dengan kuat dan mengeluarkan air mata dengan deras sekali..dan akhirnya Puan K tersedar.
Langkah seterusnya ialah saya menyuruh Puan K memeriksa bahagian tubuhnya yang masih sakit dan ia mengatakan di tapak kaki kanannya masih terasa seperti benjolan sebesar biji guli.Dengan menggunakan kekuatan ilmu hikmah saya memohon pada Allah,jika benarlah ini adalah tapak dan rumah jin tersebut saya memohon padamu Ya Allah agar di hancurkan tapak ini dengan izin,redha,rahmat dan kekuatan Mu Ya Allah.Saya mula membacakan ayatul kursi di sertai dengan ayat payung rasul dan membuat tembakan ke tapak tersebut dengan hizib intikam.Selesai saja rawatan,Puan K mengatakan yang benjolan itu telah hilang sama sekali dan akhirnya Puan K berkata" Kak dapat rasakan,kali ini jin itu memang benar benar dah mati"!..Dan jika itulah kebenaranya,maka segala Puji dan Syukur hanyalah pada Mu Ya Allah atas segala izin,redha dan rahmatMU.
"ILAHII ANTA MAQSUDI WA REDOKA MATLUBI"

Ahad, 2 Oktober 2011

Jin Hindu..

سم الله الرحمن الرحيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
"Makcik ni diganggu oleh jin hindu,"kata pesakit yang datang membuat rawatan.Saya tanya balik,"eh!iya ke..macamana makcik boleh tahu.Sebelum ni makcik tu berubat di sebuah tempat dan hasilnya makcik tu kerasukan dan muncullah jin hindu yang mengatakan dia diarahkan oleh tukang sihir untuk menyakiti makcik ni,tetapi jin tu tak nak keluar kecuali setelah di sembahkan dengan sembelihan ayam sebagai syarat untuk dia keluar dari tubuh makcik tu dan kesudahannya perawat tersebut gagal untuk mengeluarkan jin tersebut.Maka menetaplah jin tersebut di dalam badan makcik tu.
Sewaktu memulakan rawatan..baru saja di bacakan"Bismillahillazilaa yaa durru" badan makcik tu dah mula bergegar.Saya menggelengkan kepala..terdetik dalam hati adakan jin ini memang benar benar sukar untuk di keluarkan kerana mengikut kajian saya jika pesakit belum sempat di rukyah dan jin sudah menunjukkan dirinya,ianya menunjukkan yang jin tersebut adalah jenis jin yang degil dan agak kuat kerana awal awal lagi dia dah berani menunjukkan dirinya tanpa perlu bersembunyi dan lari di setiap point yang berada di dalam tubuh pesakit.
Saya: Bismillah..kamu ni siapa?
Jin: (hanya mendiamkan diri)
Saya mula membacakan ayat ayat sihir dan jin tersebut mula menangis.Saya memberi sedikit dakwah kepada jin tersebut tetapi dia masih mendiamkan diri.Amboi amboi..sombong betul ye..aku tanya baik baik tak nak jawab..sekarang kau rasa ni."saya mula menoreh tubuh pesakit tersebut dan jin mula menggelelupur kesakitan."Aduhhh..sakiiit"..haah..boleh pun cakap,ingatkan kau ni bisu.Sekarang bagitahu,kenapa kau sakiti makcik ni?"
Jin: Orang **** upah aku
Saya: Asal dari mana ni?
Jin: Tokong Hindu
Saya: makcik ni kata sebelum ni ada jin hindu dalam badan dia.Mana jin tu?
Jin: Aku lah tu..(teringat cerita cikgu Jamaliah yg dia juga pernah jumpa kes jin siam yang berpura pura siam tetapi setelah di seksa boleh pulak bebrahasa melayu)
Saya: Cuba cakap india sikit..
Jin: yenede@$#^^** (ntah apa yang dia cakap)
Masa dia tengah syok layan cakap india tu saya toreh dia berkali kali..
Jin: DEII..saya nak keluarlah ni..kenapa buat saya macam ni..
Saya: Ni pengajaran namanya..(saya toreh lagi sehingga lah jin tu meraya rayu minta di lepaskan tetapi saya buat tak tahu dengan permintaan jin tu)
Jin: Deii..anne..kenapa buat saya macam ni..saya memang mau keluarla ni..kenapa mau seksa saya lagi.
Saya: kalau aku tak buat macam ni,lepas ni kau masuk balik
Jin: aku tak mau masuk lagi..aku dah serik..aku dah serik..
Saya: Baik kalau macam tu..nak masuk islam tak?
Jin: jangan cerita sama saya pasal islam..saya tak mau dengar
Saya: Ok..tak dak paksaan dala agama.sekarang keluar dan jika masuk balik kau akan rasa yang lebih teruk dari ini.Faham tu!(sambil tu sempat lagi saya toreh jin tu)
Jin: DEIII..sakit laaa.aku keluar
Alhamdulillah..jin tersebut pun keluar dan makcik tu dapat merasakan kesakitan pada badannya sudah beransur hilang.Saya bekalkan peskait dengan bahan rawatan tetapi makcik tu takut nak minum air rawatan tu sebab bila dia minum air rawatan saya, badannya akan bergegar dengan kuat.Saya kata pada makcik tu"ok sekarang cuba makcik minum air tu dan jika gangguan masih berada di tubuh makcik masa ni juga badan makcik akan bergegar.Alhamdulillah,segala puji pada Allah,tidak ada apa apa yang berlaku pada makcik tu.